Outing : Bukit Cahaya Seri Alam
Plan nak pergi beriadah ramai-ramai tak menjadi. Spring dah out macam biasa, Epit sengal jer, Erwan balik kampung, Ca-un pun sama, Rin pulak ada hal dengan mak mertua dia.
So, aku pergi je dengan Pak Art & family. Tergerak hati nak ke sini adalah sebab muscles aku dah lama tak digerakkan. Basikal pun dah berkurun tak kayuh. So, di kesempatan yang ada ni aku tak lepas, lagipun aku tak pernah datang lagi ke Bukit Cerakah ni. Diorang dok kata ada Rumah 4 Musim la, rumah itu, rumah ini, binatang itu ini, dan banyak lagi, so berminat la aku dibuatnya.
Bukit Cahaya Seri Alam @ Bukit Cerakah macam dah tak hidup aku tengok sekarang. Pak Art pun kata, kalau dulu meriah aje, tapi sekarang semua dah tutup. Setakat nak kayuh basikal naik turun bukit boleh la.