Kapten Angkasa & WoT

Hadi ajak ke Sunway, katanya nak cari buku Adobe After Effects, so berangkat la aku, Teleng dan Sasshi ke Sunway. Tiba kat parking, terserempak dengan Iwan, bawak cousins dia pusing2.

Buku yang di cari, dah pun jumpa. So, aktiviti membuang masa adalah langkah seterusnya. Teringat plak citer Sky Captain and the World of Tomorrow sedang di tayangkan. Dari trailer yang aku tengok 2-3 bulan lepas, memang best la. Dari segi lighting dan colors dia.. memang cun sesangat, memang retro habis!

Aku layan citer ni sebab effects. Dengar citer, diorang shooting citer ni semuanya blue screen. Biler aku tengok, memang pun. Dari bandar NY sampai ke kereta, semua CG. Cun yang amat!! Boleh celen Star Wars gamaknyer hahaha