SP2 RC2 Installed
Agak hangin jugaklah biler dah download 264MB SP2 RC2, tapi takleh nak install sebab product key kena ban. Namun semua tue tak patahkan semangat aku untuk terus mencuba.
Walaupun dah tahu hanya sedikit saja tambahan dari RC1 kepada RC2, aku tetap nak install jugak, janji terkini dan sensasi. Setelah membuat research serba sikit, dapatlah aku simpulkan bahawa SP2 nie bih kurang SP1 dulu. SP takkan dapat di install kat Windows XP yang guna cd-key yg telah di ban.
So, sekarang nie aku terpaksa tukar sekali lagi product-key Windows XP. And… resultnya adalah SUCCESS!! SP2 RC2 berjaya di install dengan cemerlangnya.