Submit – Reject – Adat
Hari ini adalah sejarah bagi aku!! Untuk pengetahuan korang, hari ini adalah hari bersejarah kerana aku buat kerja memang last minutes tahap dewa ke-7. Hari nie nak kena submit kerja Design, pagi tadi bergegas ke SS2 untuk pergi print.
Memang hari nie kusut giler. Kusut dengan masa dan jugak kusut dengan duit yang makin kemarau. Submission pukul 2:00 petang, dan aku sampai kat studio pukul 2:30pm. Ok la tue.
Agak mengejutkan apabila dengar hanya seorang sahaja yang lepas. Itu pun kelas pagi tadi. Uik!! Memang ramai giler kena reject. Dan biler time aku, reject tue, aku dah dapat rasa.. tapi puas hati jugak la sebab lecturer puji design dan idea. So, kerja aku nie, just susun balik (mende dah ade). Itu jer.. syukur!!