Tak Sempat
Aiseh, tak sempat jugak aku nak habiskan design layout untuk v10. Rasa semacam jer hari nie, otak jadi beku sebab cuaca sejuk hari nie. Takpun di sebabkan tekanan daripada budak – budak lain yang dah balik kampung. Waarhhggg!!
MMU secara OFFICIAL nya start bercuti hari nie, tapi budak – budak nie, hari Selasa lagi dah mula blah. Rumet aku pun dah blah petang tadi, tinggal la aku sesorang kat bilik nie. Ingatkan dah dok sesorang nie idea datang, haram tul sikit jer kuar.
Sebenarnya aku nak siapkan design graphics dan layout untuk v10 nie sebelum cuti. Kenape? Ada banyak sebab, dan aku sendiri pun tak tau berapa. Antaranya, v9.9 tue dah lame sangat dah. Lagi, cuti 2 minggu (hehehe) nie aku tak bawak balik PC ke kampung, tak larat aa CPU besar giler, lagipun takde kotak. Tambahan pulak kaki aku masih lagi sakit. Nak pakai kasut pun tak boleh lagi. Aku mungkin bawak balik hardisk sahaja, tapi aku dapat jangkakan yang aku tak dapat buat dengan selesa atas sebab komputer yang kat rumah (kampung) tue slow, AMD K6 500MHz sahaja +monitor pulak 15 inci saje. Sah aku takkan dapat kepuasan.
Oleh tue, nak tak nak terpaksa la aku kuburkan sekejap v10 nie untuk jangkamasa 2 minggu. Mane la tau, aku dapat idea – idea baru, hahaha. Erm, aku akan berada kat kampung selama 2 minggu. Cuti Raya Cina + Trimester Break + Raya Haji = 2 minggu. Memang best giler. Dah lame tak balik kampung nie, boleh la aku tunjuk parut dan luka – luka aku. Hahaks!! Hah, aku balik malam esok, naik bas Sutera menuju ke Kota Bharu.
Journal? Macam besak la, kalau aku dah balik kampung, sure journal aku tergendala. Hahaha tapi takpe, semua nie akan di qada dalam v10 akan datang. Babai!!