Trip | Singapore Promax BDA
PromaxBDA adalah event yang mengangkat hasil karya-karya dari seluruh dunia, dalam dunia penyiaran, penerbitan dan seangkatan dengannya. Untuk region Asia, kali ini di adakan di Singapore. Aku dah banyak kali dengar pasal benda ni, tapi belum ada peluang untuk di hantar oleh pihak department.




Tahun ni, tahun bertuah aku. Dua wakil dari Creative Department di hantar ke sini, bukan untuk ambik award pun, tapi untuk pergi dengar Workshop diorang. Tahun ni, Media Prima tak ada hantar pun apa-apa promo & brand ad untuk di pertandingkan. Apa kau ingat penyertaan percuma ke? Satu penyertaan ntah berapa ratus dollar kot.
Maka, aku dan Leng dihantarlah ke Singapore menaiki AirAsia dan duduk di hotel mewah, sorang satu. Apa yang kelakar, adalah kitorang hanya dapat pergi Workshop je. Malam anugerah tak dapat join sebab dah kena balik KL. Bengong.
Apapun, terima kasih kat HR Media Prima kerana menghantar aku ke sini. Banyak hasil-hasil luar negara yang kreatif boleh di tiru untuk kebaikkan syarikat.